SEKITAR FORUM: PALESTIN & IKTIBAR SERTA SUMBANGAN

masjidnegerishahalam01

Kedatangan tetamu khas dari Gaza tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sejak kedatangan pada 22 Mac yang lalu sehingga kini tidak henti-henti mereka berceramah, berforum berbincang dengan NGO yang ada di Malaysia, bahkan sekolah-sekolah turut menjemput mereka untuk memberikan penerangan, menjelaskan keadaan yang berlaku di Gaza, meniupkan semangat jihad menentang musuh Israel dan sekutunya. Sehingga laporan ini ditulis mereka berada di Seremban, sehinggakan Aman Palestin terpaksa menolak dengan baik permintaan orang ramai untuk menjemput keduanya berjumpa dengan mereka.

Sempena forum yang diadakan di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam, penceramah yang tidak asing lagi Ustaz Zawawi Yusof bersama-sama dengan tetamu mengupas persoalan Palestin dan Iktibar yang boleh diambil oleh seluruh umat Islam. Pesanan yang hendak disampaikan kepada seluruh umat Islam khasnya di Malaysia adalah berpeganglah dengan agama Allah, amalkan segala kebaikan yang terkandung di dalam al Quran maka kejayaan akan datang. Setiap yang susah pastinya akan datang kesenangan. Kemenangan bagi umat Islam apabila mereka berjaya membawa diri mereka ke satu tahap kebaikan yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya.

Kejayaan rakyat Gaza menghalau penjajah Israel adalah dengan sokongan yang padu dari seluruh umat Islam, doa yang berkekalanĀ  serta sumbangan yang berterusan.

Sementara itu sumbangan yang berjaya dihulurkan adalah dari Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM50,ooo.oo, Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA RM 4,000.00, Persatuan Mawaddah Malaysia RM 3,170.70 dan sumbangan dari Masjid Negeri Selangor sendiri berjumlah USD1,200.00. Kedatangan orang ramai adalah seramai 1,000 orang.

masjidnegerishahalam02

masjidnegerishahalam03

masjidnegerishahalam04

masjidnegerishahalam05

masjidnegerishahalam06

masjidnegerishahalam07

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: