MUQAWAMAH DAPAT BEBASKAN PALESTIN

muqawamah_web

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menegaskan satu cara sahaja untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah iaitu muqawamah dengan berjihad menentang Yahudi yang menjajah bumi Palestin. Sesungguhnya kedukaan dan peperangan di Gaza adalah ujian bagi umat Islam yang telah berjaya ditempuhi apabila mereka terus membantu penduduk Gaza semenjak hari pertama peperangan dilancarkan. Banyak juga individu-individu yang gagal dalam ujian ini antaranya pemimpin-pemimin negara Arab yang jatuh tersungkur rebah tidak dapat bangkit lagi.

Dialog dengan Israel sama sekali tidak dapat mencapai keamanan sebagaimana yang didakwa dan mereka yang sering menyeru kepada dialog dan kerjasama dengan Israel adalah golongan yang muflis dan jahil terhadap sunnah Allah terhadap kejadianNya. Menurut beliau, peperangan di Gaza membuktikan wujud umat Islam yang satu dan hidup. Umat Islam adalah umat yang benar-benar wujud bukan satu khayalan.

Beliau menarik perhatian kepada penulis-penulis dalam akhbar-akhbar yang mencaci penentangan rakyat Palestin. Penentangan tersebut menurut mereka penyebab kepada pemusuhan dan peperangan dengan Israel. Rakyat Palestin menolak genjatan senjata dan berlakulah apa yang telah berlaku di Gaza. Penulis-penulis tersebut sebenarnya berfikir dengan kepala dan akal yang dimport dari luar. Hairan sekali mereka menyeru mereka yang menentang Yahudi agar memberi peluang untuk bekerjasama dan berdialog dengan Isarel. Apakah mungkin rakyat Palestin mencapai kebebasan dengan berdialog dengan Israel? Berapakah nilai perjanjian dan kerjasama dengan Isarel yang tidak bersandarkan kepada kekuatan dan darah untuk mencapai kebebasan? Kemerdekaan bangsa tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan usaha. Inilah sunnah ketentuan Allah ke atas ciptaanNya. Dalam peperangan tidak dapat tidak ada yang gugur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: