DARAH PALESTIN BAHAN KEMPEN

karekator_cucidarah_web

Jelas pada pandangan umum masyarakat dunia, kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di bumi Gaza amat memilukan. Seramai mana rakyat Palestin yang gugur sebagai syahid akan menjadi saksi kerakusan pemimpin negara haram Israel untuk merebut kerusi dalam pilihan raya umum mereka. Darah rakyat Palestin menjadi bahan kempen yang utama parti-parti politik Israel.

Parti Likud pimpinan Binjamin Nitanyahu menonjol pada pilihan raya kali ini. Menurut sumber, apa yang menyebabkan parti itu menonjol adalah kerana pendirian yang diambil oleh Binjamin untuk terus meletakkan tenteranya di Tebing Barat, Gaza dan bukit Golan sempadan Syria-Israel. Begitu juga persetujuannya untuk meluaskan penempatan Yahudi di bumi Palestin.

Manakala parti Kadima pimpinan Tzipi Livni yang juga memegang jawatan Menteri Luar Israel, mendapat tempat di hati pengundi Yahudi, kerana dengan jelas beliau menjadi dalang utama serangan yang dilakukan baru-baru ini.

Ehud Barak tidak ketinggalan meraih simpati rakyat negara haram Israel, dengan mempersetujui tindakan menyerang Gaza serta membunuh mereka yang tidak berdosa terutama wanita dan kanak-kanak. Beliau yang memimpin parti Buruh semakin mendapat tempat hasil daripada persetujuan ganasnya itu.

Tidak ketinggalan parti Syas pimpinan ahli politik Ili Yisyai dan orang kuat agama Yahudi, Ufadiya Yusef menyertai pilihan raya kali ini dan berusaha mendapatkan sokongan rakyat dengan memberikan ”fatwa” halal membunuh rakyat Palestin di Gaza, ketika serangan 27 Disember 2008.

Apa yang jelas, serangan ganas di Gaza menjadi kayu pengukur kekuatan sesebuah parti politik Israel. Siapa yang paling rakus membunuh rakyat Palestin, dialah yang akan mendapat sokongan mejoriti rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: