PELANCARAN BUKU AMAN PALESTIN

buku_rasmil_web

Kompleks PKNS Bangi: Satu majlis pelancaran buku terbitan Aman Palestin telah diadakan di Kompleks PKNS Bangi, Selangor jam 4.00 petang bersempena minggu festival buku peringkat Bandar Baru Bangi.  Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB) sambil disaksikan oleh CEO Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut.

buku_awg_web

Dalam kata-kata aluan CEO Aman Palestin, beliau menyeru umat Islam seluruhnya terutamanya masyarakat Bandar Baru Bangi yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin. Bahkan beliau menambaha bahawa isu Palestin bukan sahaja untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin bahkan akan dinikmati oleh seluruh dunia sekiranya bumi Palestin dibebaskan dari cengkaman penjajah Yahudi.

Dan dalam kenyataan beliau menyebut bahawa menyelamatkan Palestin dan al Aqsa adalah seperti kita menyelamatkan diri dari siksaan Allah, pahala dan kebaikannya akan kembali kepada kita semua. Selain ia adalah satu kefarduan yang wajib ditunaikan…

buku_drtajul_web3

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB) Dr. Tajul Ariffin Nordin dalam ucapannya menyatakan rasa terima kasih kepada Aman Palestindi atas usaha-usaha kebajikan dan kebaikan yang berterusan. Beliau memberikan sokongan yang padu dalam usaha-usaha menyelamatkan Palestin. Minggu Palestin yang dilancarkan 24 Januari hingga 7 Februari yang lalu tidak akan terhenti disitu sahaja, bahkan usaha mengumpulkan dana dan penerangan isu ini akan diteruskan dari masa ke semasa, ujur beliau lagi.

Majlis ditamatkan dengan pelancaran oleh Dr. Tajul Ariffin, diselangi multimedia serta sajak dari penulis buku tersebut, Mejar Nazri Musnman.

buku_penulis_web1

INPUT,TEXTAREA,SELECT,.FCK__Anchor,.FCK__PageBreak,.FCK__InputHidden { behavior: url(http://amanpalestin.org/administrator/includes/js/editor/css/behaviors/disablehandles.htc) ; }TABLE { behavior: url(http://amanpalestin.org/administrator/includes/js/editor/css/behaviors/showtableborders.htc) ; }Pada hari yang sama telah diadakan dua majlis di tempat yang berasingan untuk mengumpul dana Palestin, iaitu di Shah Alam bersama Dato’ Safaruddin berjaya mengumpul hampir RM30,000 dan di Astaka Titiwangsa berjaya mengumpul lebih RM5,000 sumbangan orang ramai. Aman Palestin mewakili rakyat Palestin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan rakyat Malaysia kepada Aman Palestin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: