SIRI KEPUNGAN ISRAEL: 50 RIBU PENDUDUK GAZA TIADA AIR

siri-kepungan_web

Ramallah: Satu kenyataan telah di keluarkan PBB bahawa tangki-tangki lori yang membawa
air ke dalam Gaza adalah masih terlalu sedikit jumlahnya dari keperluan yang ada sekarang.
Menurut bancian tersebut penduduk Gaza amat-amat memerlukan bantuan setelah
perang ini untuk jangkamasa yang panjang dimana seramai 50 ribu penduduk Gaza masih lagi
tidak memdapat air bersih.

Kenyataan-kenyataan ini yang dikeluarkan oleh PBB, bantuan kemanusiaan, dimana
lori-lori yang membawa tangki air dibenarkan masuk ke dalam Gaza hanya 117
tangki sahaja berbanding 246 tangki dibenarkan masuk setiap hari dalam minggu ke 3
Januari 2009, iaitu selepas sebulan serangan berakhir, tetapi kepungan masih
lagi berterusan sehingga sekarang. Sebanyak 700 kontena dibenarkan masuk sebelum
ini ke dalam Gaza, hanya 39% adalah sumbangan yang dihulur oleh badan-badan kemanusiaan,
81% yang dibawa masuk adalah bahan makanan dan 5% bahan bukan makanan. Adapun bakinya
adalah bahan perubatan, binaan dan eletrik.

Selain itu, dalam minggu ini sahaja pintu masuk Rafah telah ditutup. Ia pada masa
ini hanya di buka untuk orang luar yang hendak keluar dari Gaza dan hanya dibenarkan
masuk adalah bantuan perubatan sahaja. Dan tidak dibenarkan sama sekali kontena untuk masuk
kecuali mendapat izin khas dari pihak Israel. Adapun badan bukan kerajaan yang
dibenarkan masuk ke dalam Gaza hanya setelah 20 hari meminta izin kebenaran tersebut.

Manakala bahan api yang ada di dalam Gaza telah berkurangan, ini menyebabkan
mereka terpaksa berkongsi masa mengikut jadual menggunakan bahan eletrik,
mereka menggunakan eletrik 8 jam sahaja untuk 3 kali seminggu di 2 kawasan
iaitu di Gaza sendiri dan di Timur Gaza, manakala hanya 6 jam digunakan dalam 2 kali seminggu
di kawasan tengah.

Seramai 50 ribu penduduk Gaza masih tidak menerima air bersih, manakala 150,000 hingga
200,000 hanya akan mendapat air sekali sahaja selepas 5 hingga 6 hari.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: