KENYATAAN MEDIA: MALAM SAVE GAZA BANGI (BM)

KENYATAAN MEDIA MALAM SAVE GAZA & SOLAT HAJAT PERDANA 10 RIBU UMAT ISLAM BANGI

Sudah terang lagikan bersuluh – satu kenyataan yang cukup jelas terhadap jenayah perang pembersihan etnik yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza yang mengambil masa selama 23 hari. Jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh penjajah Yahudi ini dilakukan secara terang-terangan di hadapan seluruh dunia. Perang yang telah meragut dan membinasakan kesemua hidupan – yang hijau, kering dan segala yang bergerak, sehingga tidak ada “kawasan selamat” tidak mengikut piawaian antarabangsa apatah lagi kemanusiaan. Rumah-rumah penempatan, sekolah-sekolah dan masjid-masjid tidak lagi menjadi tempat berlindung yang selamat. Hospital bukan lagi kawasan yang tidak boleh diserang dan disentuh apatah lagi sebagai kawasan untuk menjaga, merawat dan memelihara mangsa perang!!! Kesemua yang terdapat di Gaza menjadi objek sasaran perang dan pengeboman oleh jet-jet pejuang Israel. Bilangan mangsa yang gugur syahid (terbunuh) sudah mencapai angka 1,300 orang dan seramai 5,000 orang telah tercedera. Lebih satu pertiga daripada mangsa yang terbunuh ini adalah kanak-kanak dan ratusan dari kalangan wanita yang langsung tidak mendapat kasihan belas.

Kenyataan yang tidak boleh ditolak oleh seluruh dunia yang memerhatikan tragedi ini ialah keseluruhan asas-asas kehidupan telah pun lumpuh dan lenyap. Tidak ada yang tertinggal kecuali kemuliaan dan maruah yang tidak akan digadaikan oleh rakyat Palestin. Sejarah Islam telah pun melakarkan kehebatan Khalifah Al-Mu’tasim yang telah menggerakkan bala tenteranya untuk menghantar bantuan bagi menolong seorang wanita muslim yang melaungkan “ Wahai Mu’tasim, hantarkan bantuan!!!” Sehingga kini penduduk Gaza masih lagi menanti-nanti kehebatan dan bantuan daripada Mu’tasim ummah ini untuk menyahut jeritan, rayuan dan seruan daripada anak-anak yatim, mangsa-mangsa perang dan kekejaman Israel.

Walaupun perang ini sudah tamat, kerakusan dan kezaliman Yahudi tidak akan terhenti dan mereka akan sentiasa mencari ruang untuk memastikan cita-cita mereka tercapai iaitu menghalau seluruh rakyat Palestin dari tanah milik mereka sendiri. Perluasan penempatan, memusnahkan lading, pembinaan tembok apartheid, pembunuhan demi pembunuhan akan sentiasa dilakukan oleh mereka agar rakyat Palestin mengalah dan menyerahkan tanah yang dipenuhi dengan keberkatan ini. Justeru kezaliman yang berleluasa, jenayah yang terancang dan kekejaman berterusan akan dilaksanakan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Sesungguhnya pembersihan etnik yang dilakukan terhadap Semenanjung Gaza telah menyedarkan seluruh masyarakat dunia termasuk penduduk di Bangi untuk bangun membantu dan terus bekerja agar hak-hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Palestin diperolehi semula. Seluruh warga di Bangi membenci segala kezaliman yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin dan menyeru kepada seluruh masyarakat Malaysia, antarabangsa dan pemimpin-pemimpin dunia agar bertindak untuk menghentikan segala kezaliman yang dilakukan oleh Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin

Sehubungan dengan itu Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi telah menubuhkan Sekretariat Save Gaza peringkat Bandar Baru Bangi dengan kerjasama ngo-ngo serta surau-surau dan masjid-masjid sekitar Bandar Bangi. Pelbagai program telah disusun untuk dilaksanakan bagi memberi peluang kepada umat islam sekitar Bandar Baru Bangi menyumbang derma dan menunjukkan sikap kepedulian mereka terhadap umat Islam di Bumi Palestin yang sedang dizalimi oleh Yahudi Israel.

Program-program yang dianjurkan adalah bertujuan untuk memberikan sokongan moral dan rasa tanggungjawab bersama sebagai seorang muslim yang bersaudara yang cintakan keamanan serta bencikan kezaliman. Bumi Palestin diancam peperangan yang meragut nyawa umat islam yang tidak berdosa akibat kekejaman zionis Israel, Gaza terus merintih dan merayu di bawah himpitan kepungan dan serangan. Rumah dan penempatan dimusnahkan, kanak-kanak dan wanita menjadi pelarian, ubat-ubatan kehabisan, keperluan hospital semakin mendesak, tenaga elektrik terputus, kanak-kanak kelaparan dan pesakit-pesakit yang cedera menunggu saat kematian menjelma.Kesimpulannya Gaza berhadapan jenayah kemanusian yang tiada tandingannya di abad ini.

Sehubungan dengan itu bagi merancakkan usaha ini , maka skrretariat “ Save Gaza Bangi” dilancarkan bagi merealisasikan matlamat berikut:

a) Mengumpul dana sebanyak RM100.000 (satu ratus ribu ) dalam tempoh tiga minggu untuk disalurkan kepada rakyat palestin yang ditindas melalui tabung Aman Palestin.

b) Menerangkan keadaan dan masalah sebenar umat islam yang ditindas oleh rejim yahudi.

c) Membangkitkan semangat persaudaraan seislam dan semangat jihad dalam diri setiap muslim.

d) Menjalinkan hubungan kerjasama di antara Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO )bagi menguruskan dana bantuan umat islam di Palestin.

e) Menanamkan kesedaran di jiwa anak bangsa tentang bencikan peperangan, cintakan keamanan.

f) Menyahut respon umat islam terhadap kedurjanaan zionis

Disamping itu juga pelbagai program telah disusun di seluruh Bandar Baru Bangi yang bertemakan “ Bersatu Selamatkan Gaza”. Program yang telah diaturkan ini bermula pada 24 Januari 2009 hinggalah pada malam kemuncakknya iaitu “Malam Save Gaza & Solat Hajat Perdana 10 Ribu Umat Bangi ” pada 7 Februari 2009 yang akan diadakan di Stadium Seksyen 15 ,Bandar Baru Bangi.

Sehubungan dengan itu juga Seluruh penduduk Bangi melalui persatuan-persatuan penduduk Bangi serta ngo-ngo yang bergabung didalam Sekretariat Save Gaza Bandar Baru Bangi ingin menyatakan dan menegaskan bahawa;

  1. Sesungguhnya maruah dan hak rakyat Palestin perlu dikembalikan semula dan memastikan kezaliman Zionis Yahudi tidak lagi berlaku.

  1. Menyeru agar seluruh masyarakat antarabangsa dan pemimpin-pemimpin dunia menekan rejim Zionis berterusan agar pencerobohan, penindasan dan pembunuhan kejam tidak berlaku lagi.

  1. Meminta umat Islam dan pemimpin-pemimpin negara Islam bersatu agar pembebasan Palestin dan masjid Al-Aqsa dapat dilaksanakan.

  1. Meminta kepada Kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak membuka sempadan Rafah bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk Semenanjung Gaza yang dihimpit penderitaan akibat peperangan 23 hari baru-baru ini.

  1. Menggesa PBB membawa pemimpin penjajah Zionis ke muka pengadilan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah perang yang dilakukan yang telah membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua serta memusnahkan masjid-masjid di Palestin.

Penduduk Bangi menyeru semua lapisan rakyat Malaysia dari semua peringkat dan golongan – lelaki dan wanita, para pemuda dan pemudi, pekerja, pelajar, sektor swasta dan awam, dari segenap bangsa dan agama untuk sama-sama berganding bahu membantu rakyat Palestin dengan menyatakan sokongan dengan menganjurkan apa jua aktiviti yang sepatutnya seperti solat hajat, doa selamat, ceramah penerangan isu Palestin, menggantung banner dan bunting, mengutip derma, bantuan makanan dan ubat-ubatan secara berterusan.

Penduduk Bangi berikrar akan membantu dengan penuh komitmen bagi memberikan hak-hak yang dirampas oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin dengan mengadakan segala program secara berterusan.

Sesungguhnya isu Palestin tidak akan selesai sehinggalah kemenangan Islam akan dicapai di bumi Palestin. “Mereka bertanya kepadamu bilakah (kemenangan akan dicapai?) Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa kemenangan itu sudah semakin dekat”

Disediakan Oleh:

Sekretariat Save Palestine BBB,

Tarikh : 7/ 2/2009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: