KALIMAT KERAMAT GAZA MASIH MEMBARA

sek16_01_web2

“Aman Palestin telah berjaya membawa masuk 800 ribu ringgit ke dalam Gaza dan ia telah selamat disampaikankepada mereka yang benar-benar bertanggungjawab di dalam Gaza. Ini bermakna misi dan matlamat saya bertekad untuk masuk ke dalam Gaza bagi menyampaikan hasrat rakyat Malaysia telah tercapai” demikian yang dinyatakan oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin di Majlis “Mujahid Palestin” anjuaran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dengan beberapa NGO¬† surau dan masyarakat setempat.

Beliau menyatakan lagi bahawa sememangnya terdapat masalah dalam menyampaikan bantuan. Ia tidak semudah yang disangka. Ini disebabkan pintu masuk Rafah dan
Tul Karim berada di bawah kawalan Israel walaupun Rafah adalah dibawah kuasa Mesir. Mereka mengikut arahan dan taklimat Israel dengan tidak membenarkan
sesiapapun masuk. Saluran makanan tidak boleh dibawa masuk kecuali ubat, doktor dan wartawan sahaja yang kadang kala dilepaskan masuk. Oleh itu sekiranya
bantuan yang dibawa tidak mengikuti saluran yang tepat dan baik kemungkinan besar barang bantuan akan tersadai dalam stor di Arish dan Tul Karim. Melihatkan
terdapat banyak sumbangan tersadai maka beliau bertekad untuk masuk bagi menyampaikan bantuan. Maka misi beliau ingin benar-benar memastikan sumbangan tersebut
tercapai. Beliau sempat mengadakan beberapa pertemuan dengan ahli Parlimen Bait Lahya serta Datuk Bandar di situ dan telah mengenal pasti beberapa projek yang
boleh disumbangkan oleh rakyat Malaysia secara berterusan dan tepat. Antaranya ialah mengambil Bait Lahya sebagai kawasan angkat bagi membangunkan kembali infrastruktur
seperti sekolah, hospital dan juga rumah yang musnah. (Pembaca boleh lawati video clip di dalam link https://savegaza.wordpress.com)

Majlis “MUJAHID PALESTIN” yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi memperlihatkan juga beberapa persembahan nasyid dan deklimasi sajak
yang tidak kurang hebatnya. Disamping itu juga Dato’ Ujang Bagong telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak serta RM2,400 kepada surau-surau di Bandar Baru Bangi.

sek16_02_websek16_03_websek16_04_web

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: