SUMBANGAN: PP INDONESIA

ppi03_web

Bangi: Majlis penyerahan sumbangan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Indonesia di Malaysia telah diadakan di ibu pejabat Aman Palestin di Bangi dengan mendapat liputan media RTM. PPI diwakili oleh Presidennya, Irfan Syauqi Beik bersama beberapa delegasi telah memberi amanah penyerahan sumbangan tersebut kepada Aman Palestin di atas keyakinan bahawa organisai ini dilihat lebih telus dan profesional dalam menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin, demikian ulasan beliau kepada media apabila ditanya kenapa memilih Aman Palestin tidak kepada organisasi lain.

Isu Palestin terutamanya isu Gaza yang sedang berlaku sekarang ini sebenarnya adalah hikmat yang besar daripada Allah untuk menyatukan umat Islam keseluruhanya. Maka peluang yang masih terbuka ini akan digunakan sepenuhnya untuk meyakinkan umat Islam bahawa sebenarnya mereka boleh bersatu walaupun berbeza pendapat dalam menghancurkan rejim Zionis.

Mewakili pelajar-pelajar Indonesia yang berada di IPT Malaysia sebanyak 18 buah univerisiti telah berjaya mengumpulkan sumbangan hampir RM8,000 merupakan usaha yang terpuji dan boleh dibanggakan.

“Walaupun sumbangan ini tidaklah banyak tetapi ia merupakan tanda keprihatinan pelajar Indonesia terhadap isu ini” tambah beliau lagi.

Serahan sumbangan tersebut diterima oleh Pengarah Urusan Multimedia dan Dokumentasi, Anas Abdul Wahab.

Aman Palestin sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

ppi01_web

ppi02_web

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: