PROJEK BANTUAN SELAMATKAN GAZA

projek-bantuan-selamatkan-g

Pendahuluan: Kesengsaraan rakyat Palestin adalah berpunca dari penjajahan, pencerobohan dan pembunuhan kejam Israel.Jenayah Israel ini telah mengakibatkan beribu-ribu rakyat Palestin menjadi korban dan cedera, kebanyakkannya adalah penduduk awam Palestin dari kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Di samping itu banyak infrastruktur dan kemudahan awam turut musnah akibat serangan dan pengeboman oleh rejim Israel.

Anjuran: Projek ini dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad, beralamat di No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-89267019, Fax: 03-89259963.

Projek Bantuan Selamatkan Gaza: Serangan dan pencerobohan terakhir Israel selama 22 hari yang bermula 27 Disember 2008 telah mengorbankan lebih 1310 orang penduduk Palestin, manakala lebih 5,300 yang lain cedera. Kebanyakkan mangsa adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Selain itu, kebanyakkan infrastruktur di Gaza juga turut musnah di antaranya hospital, universiti, sekolah, masjid, pejabat-pejabat kerajaan dan kemudahan-kemudahan awam yang lain. Penyaluran mesti diberikan segera untuk meringankan kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza. Di antara projek-peojek bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza yang dikenalpasti oleh Aman Palestin untuk masa yang terdekat ini ialah:

projek-1_web

projek-2_web

projek-3_web

projek-4_web3

projek-5_web

jumlah-keseluruhan_web

Penyaluran Dana: Dana bantuan yang disumbangkan boleh dibuat melalui cek atas nama Aman Palestin Berhad ataupun bank-in melalui akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

Penutup: Aman Palestin berharap projek-projek ini mendapat sokongan dan bantuan daripada semua pihak. Kerjasama daripada semua badan NGO, organisasi, institusi, korporat, syarikat dan individu dermawan bagi menampung keperluan penduduk Palestin di Gaza amat-amat diharapkan. Semoga dengan bantuan yang sedikit ini dapat memberikan sinar kehidupan kehidupan buat rakyat Palestin di Gaza.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: