KEMENANGAN HAMAS

hamas-menang_web

Usaha yang kita lakukan sebelum ini telah menampakkan hasil. Doa munajat, solat hajat dan bantuan telah membuahkan hasil dengan kemenangan berpihak kepada kerajaan HAMAS. Dunia dihidangkan dengan berita berat sebelah, seolah-oleh kemenagan berpihak kepada rejim Zionis tetapi hakikatnya tidak….

Kita menang dalam pertempuran ini, kemenangan ini bukan sahaja untuk HAMAS tetapi adalah hadiah kepada seluruh umat Islam, dan ia memberikan isyarat kepada dunia bahawa yang Maha Berkuasa itu hanya Allah.

Kita masih ingat lagi perang 6 hari dengan rejim Zionis, dimana semua negara-negara arab bersatu untuk menentang Israel tetapi telah dimalukan oleh Israel, kemenangan berpihak kepada mereka. Tetapi hari ini menunjukkan kepada kita kelompok yang kecil mampu menghalau dan memalukan kelompok yang besar berkuasa.

Selepas ini banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan, di antaranya memastikan kemenangan berpihak kepada kita tetapi dengan beberapa syarat:

1- Berkeyakinan tinggi bahawa kemenangan akan berpihak kepada kebenaran.

2- Pergantungan sepenuhnya kepada Allah dengan usaha berlipat kali ganda untuk memastikan agama ini terbela.

3- Kewaspadaan dan menjauhkan diri terhadap ancaman Yahudi dan konconya secara berterusan dan sedar terhadap usaha jahat mereka.

4- Anjakan untuk berjihad hidup subur di dalam diri umat Islam.

Aman Palestin mewakili rakyat Palestin khasnya di Gaza mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang berterusan dan usaha-usaha menyedarkan masyarakat untuk bangun membantu saudara mereka. Aman Palestin akan memastikan setiap sen yang dicurahkan untuk rakyat Gaza akan sampai kepada mereka. Nantikan laporannya…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: