10K UNTUK GAZA: PPZ

ppz_01_web
“Kita akan berterusan membantu mereka… Dato’ Haji Mustafa Abdul Rahman, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Wilayah Persekutuan”

Satu majlis penyerahan cek bernilai 10 ribu ringgit telah diadakan di Bangunan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Cheras. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, CEO Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut serta Pegawai Eksekutif Mohd Azrin Shamduddin.

Dato’ Hj Mustafa menambah “Kita amat bersimpati kepada rakyat Palestin kerana mereka adalah saudara kita”. Sebagai tanda simpati maka PPZ Wilayah Persekutuan telah bermurah hati menyumbangkan cek bernilai 10ribu ringgit untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Dalam ucapannya beliau mengalu-alukan usaha yang murni ini, dan amat berterima kasih serta tahniah di atas usaha yang berterusan untuk mengumpul derma dari orang ramai dan memastikan sumbangan tersebut dapat dinikmati oleh rakyat Palestin.

Manakala Pengerusi Eksekutif Aman Palestin dalam ucapannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan tersebut dan mengharapkan agar ia berterusan kerana usaha membantu rakyat Palestin tidak akan terhenti sehinggalah tanah rakyat Palestin dikembalikan kepada mereka yang benar-benar berhak.

ppz_00_web1

ppz_02_web

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: