KENYATAAN MEDIA AMAN PALESTIN MALAYSIA

Wahai Muslimin …wahai bangsa arab…wahai manusia…Gaza merayu bantuan…

Semua telah mengetahui pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh penjajah Zionis kejam ke atas rakyat Palestin di Gaza.  Rumah bukan lagi kediaman yang selamat, tidak juga sekolah, begitu juga masjid.KENYATAAN MEDIA AMAN PALESTIN MALAYSIA

Wahai Muslimin …wahai bangsa arab…wahai manusia…Gaza merayu bantuan…
Semua telah mengetahui pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh penjajah Zionis kejam ke atas rakyat Palestin di Gaza.  Rumah bukan lagi kediaman yang selamat, tidak juga sekolah, begitu juga masjid.  Hospital-hospital tidak dianggap kawasan selamat dan setiap apa yang ada di bumi Gaza adalah harus bagi jet-jet tentera Zionis membunuh dan memusnahkannya.  Bilangan mereka yang syahid sekarang lebih dari 700 orang.  Satu pertiga darinya adalah kanak-kanak dan ratusan wanita yang tidak diendahkan kemuliaan mereka.  Bilangan mereka yang cedera parah lebih kurang 4,000 orang dan beribu-ribu orang luka akibat seragan Israel.

Semua telah mengetahui semua keperluan hidup sudah tiada.  Tidak ada bagi mereka sekarang ini melainkan kehormatan iaitu rakyat Palestin menolak untuk berundur mengaku kalah.  Sesungguhnya sejarah mecatatkan Khalifah Mu’tasim pernah mengarahkan tenteranya pergi membantu seorang wanita muslimah yang menjerit: “Di mana bantuan !”.  Rakyat Gaza tetap menunggu satu bantuan dari Mu’tasim umat Islam zaman ini bagi melakukan serangan terhadap Israel di atas seruan kedukaan dan penderitaan setiap hari rakyat Palestin di Gaza.

Wahai Pembantu Gaza…Wahai Penjaga Masjid Al-Aqsa
Sesungguhnya konspirasi serangan ke atas Gaza adalah jelas, pihak Zionis, Amerika dan beberapa pihak tempatan dan antarabangsa semuanya bermatlamat menghapuskan Islam, dan mereka yang memikulnya, menghapuskan kebangkitan(Muqawamah) sehingga sampai ke tahap menerima kewujudan Israel sebagai satu bahagian dari realiti dan membenarkan mereka membina negara Israel dari Sungai Nil hingga Sungai Furat.

Tidak ada bahasa yang dapat menggambarkan keadaan sebenar di Gaza, darah kanak-kanak, rintihan yang cedera parah, mayat-mayat bergelimpangan di setiap tempat dan serangan ke atas masjid semuanya menunjukan setiap muslim di Gaza berhak dibantu, disokong dan diberi pertolongan.  Usaha untuk menghentikan  penyembelihan sebegitu wajib dilakukan walaupun hanya dengan doa bagi mereka yang lemah.

Ayohlah berusaha!  Masa terus berlalu, serangan terus dilancarkan bertujuan menghancurkan Islam.  Musuh berkumpul di hadapan satu hidangan bangsa Palestin untuk menghapuskan kebangkitan dan menyebarkan ketakutan ke dalam jiwa umat Islam dan Arab…

Dalam menghadapi kemelut yang berlaku di Gaza, kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

1)    Sesungguhnya penjajah Zionis Israel melakukan serangan dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza bertujuan menghancurkan agama Islam dan menghapuskan kebangkitan rakyat Palestin.
2)    Sesungguhnya penjajah Zionis Israel tidak akan meneruskan jenayah seumpama ini jika tanpa persetujuan bangsa arab dan orang Islam.  Keadaan mereka yang diam membisu di atas apa yang berlaku sekarang ini membukti perkara tersebut.
3)    Pentingnya setiap bangsa memainkan peranan mereka masing-masing dengan melakukan pelbagai tekanan terhadap kerajaan yang menyokong Zionis bagi menyatakan penderian mereka menyokong rakyat Palestin.
4)    Kami meminta semua bangsa bertindak dalam pelbagai bentuk sebagai satu usaha menekan kerajaan Israel sehinggalah mereka membuat keputusan menghentikan serangan ke atas Gaza.
5)    Pentingnya membuat dan melancarkan pelbagai kempen berbentuk kesihatan, bantuan kewangan dan selainnya bagi membantu muslim di Gaza.

Kami menyeru semua media massa secara khususnya dan yayasan-yayasan serta badan-badan secara umum mengiatkan lagi usaha yang dapat membantu apa yang berlaku di Gaza dengan cara yang bersesuaian dan bersama menjelaskan kepada orang ramai jenayah perang yang dilakukan oleh Zionis setiap hari.

6)    Pentingnya membentuk satu jawatankuasa bagi mengeluarkan satu keputusan penghakiman bahawa pimpinan Zionis adalah penjenayah perang.

Berdasarkan apa yang disebut di atas, kami mengisytiharkan pelancaran siri program sokongan terhadap saudara kita di Gaza yang akan bermula dengan program “Rapat Umum” pada hari sabtu 10 Jan 2009, pukul 10 pagi di Stadium Melawati , Shah Aam, Selangor.

Kami menyeru rakyat Malaysia keseluruhannya: pemuda pemudi, wanita, pekerja, pelajar, sektor awam, swasta dan semua bangsa dan agama menyertai aktiviti kami dan program kami bagi membantu rakyat Palestin.  Apa yang berlaku di Gaza menuntut kita semua berdiri bersama mereka bagi membantu kebangkitan mereka berhadapan dengan senjata perang Zionis, berhadapan dengan serangan yang tidak berakhlak yang bercanggah dengan semua ajaran dan undang-undang.

Akhirnya, wahai ahli Gaza !  Allah bersama kalian.   Kalian adalah harapan umat Islam, ketua perang untuk menghapuskan rancangan ZIonis, bersabarlah!  Tetaplah dan ketahuilah sesungguhnya pertologan Allah adalah kesabaran satu detik.

“Dia bertanya kamu bilakah ia(pertolongan Allah)?  Katakanlah wahai Muhammad moga-moga ia adalah dekat”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: